MyEzicash Kemas Kini
DEC 2022 Sorotan
Baca Lagi
Celik kewangan: Kenapa ia penting?
Tidak dapat dinafikan bahawa duit itu penting. Namun yang lebih penting adalah kesedaran betapa
perlunya pengurusan wang peribadi kita. Kesedaran inilah yang dipanggil celik kewangan.

Sebanyak mana pun wang di dunia ini takkan mencukupi jika kita tidak tahu menguruskannya, kerana
ia menjurus kepada tabiat boros di mana kita menghabiskan semua wang pendapatan kita setiap
bulan. Atau lebih teruk lagi, jika kita membelanjakan lebih daripada pendapatan kita secara terus
menerus. Inilah punca hampir semua masalah kewangan peribadi yang boleh mengakibatkan
masalah lain seperti masalah sosial, masalah rumahtangga dan juga masalah kesihatan jika kita tak
tahan dengan tekanan yang terhasil.

Adalah bagus jika kita tahu sumber pembiayaan yang tersedia kepada kita, kerana jika digunakan
dengan betul ia membolehkan kita mampu menikmati kemudahan dan kehidupan yang lebih
bermakna. Pada masa yang sama, kita juga perlu tahu membezakan di antara keperluan dan
kemahuan yang memerlukan pembiayaan. Setiap di antara kita mempunyai prioriti berbeza kerana
kita masing-masing mempunyai kehidupan yang berbeza. Tetapi asasnya tetap sama - kita perlu tahu
apa yang kita perlu dan apa yang kita mahu demi menguruskan perbelanjaan kita.

Seeloknya setiap kali kita berdepan dengan perbelanjaan, cuba bertanya kepada diri sendiri, “Adakah
ini sesuatu yang aku perlukan? Atau ia cuma sekadar sesuatu yang aku idamkan? Berdasarkan
pendapatan aku dan perbelanjaan yang sedia ada, adakah ia sesuatu yang aku mampu? Dan
bagaimana keadaan wang simpanan jika aku meneruskan niat aku?”

Mudah saja soalan yang perlu ditanya untuk menguruskan kewangan kita. Namun, pada sesetengah
orang soalan-soalan inilah yang cukup payah ditanya kepada diri sendiri.

Berhenti sejenak. Fikirkan. Tanya diri sendiri. Inilah cara mencapai matlamat celik kewangan.
Berita Kewangan Terkini
Saluran Video
Celik kewangan: Kenapa ia penting?
Tidak dapat dinafikan bahawa duit itu penting. Namun yang lebih penting adalah kesedaran betapa perlunya pengurusan wang peribadi kita. Kesedaran inilah yang dipanggil celik kewangan.

Sebanyak mana pun wang di dunia ini takkan mencukupi jika kita tidak tahu menguruskannya, kerana ia menjurus kepada tabiat boros di mana kita menghabiskan semua wang pendapatan kita setiap bulan. Atau lebih teruk lagi, jika kita membelanjakan lebih daripada pendapatan kita secara terus menerus. Inilah punca hampir semua masalah kewangan peribadi yang boleh mengakibatkan masalah lain seperti masalah sosial, masalah rumahtangga dan juga masalah kesihatan jika kita tak tahan dengan tekanan yang terhasil.

Adalah bagus jika kita tahu sumber pembiayaan yang tersedia kepada kita, kerana jika digunakan dengan betul ia membolehkan kita mampu menikmati kemudahan dan kehidupan yang lebih bermakna. Pada masa yang sama, kita juga perlu tahu membezakan di antara keperluan dan kemahuan yang memerlukan pembiayaan. Setiap di antara kita mempunyai prioriti berbeza kerana kita masing-masing mempunyai kehidupan yang berbeza. Tetapi asasnya tetap sama - kita perlu tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita mahu demi menguruskan perbelanjaan kita.

Seeloknya setiap kali kita berdepan dengan perbelanjaan, cuba bertanya kepada diri sendiri, “Adakah ini sesuatu yang aku perlukan? Atau ia cuma sekadar sesuatu yang aku idamkan? Berdasarkan pendapatan aku dan perbelanjaan yang sedia ada, adakah ia sesuatu yang aku mampu? Dan bagaimana keadaan wang simpanan jika aku meneruskan niat aku?”

Mudah saja soalan yang perlu ditanya untuk menguruskan kewangan kita. Namun, pada sesetengah orang soalan-soalan inilah yang cukup payah ditanya kepada diri sendiri.

Berhenti sejenak. Fikirkan. Tanya diri sendiri. Inilah cara mencapai matlamat celik kewangan.
Berita Kewangan Terkini
Video Channel